Bila sudah tua.

HIKMAH UMUR TUA;

JOM BACA SEKEJAP KOT KOT TERKENA KAT KITA

Mengapa bila meningkat usia, banyak perkara yang digemari sewaktu muda semakin kurang menyeronokkan? lihatlah dengan mata hati supaya kita dapat muhasabah diri..

SATU :
Bila tua, keinginan untuk makan sedap2 semakin berkurangan. Nafsu makan sudah berkurangan.
HIKMAHnya :
Perbayakkan puasa sunat Isnin/Khamis & hari putih (13hb -15hb) ataupun mengqada’ puasa2 yang pernah ditinggalkan sewaktu muda dahulu..

DUA :
Bila tua, kerap terjaga di waktu malam & mata sukar nak lelap.
HIKMAHnya :
Bangunlah untuk mengerjakan solat2 tahajjud, solat witir & lain2. Barangkali sewaktu muda jarang sekali melakukannya, maka Allah beri kita peluang untuk melakukannya sebelum berakhirnya usia.

TIGA :
Bila tua sudah kurang gemar menonton tv. Tidak ada lagi rancangan tv yang diminati. Kurang berhibur.
HIKMAHnya :
Waktu yang terluang itu, perbanyakkan membaca Al-Quran. Mungkin sewaktu muda jarang sekali khatam, maka sewaktu tua ini berusahalah untuk khatam & tadabbur Al-Quran, paling tidak pun sekali setahun.

EMPAT :
Bila tua & sudah bersara, banyak waktu lapang. Banyak waktu senggang. Anak2 sudah dewasa & mempunyai keluarga masing2, jadi kita boleh mengurus masa degan lebih bermanfaat. Sisa2 usia yang Allah pinjamkan bolehlah digunakan untuk hal2 berfaedah yang manfaatnya boleh menjadi peneman kita di alam barzakh/akhirat kelak. Banyakkan menghabiskan masa di surau/masjid, menghadiri majlis2 ilmu, belajar Al-Quran supaya mantap tak cukup kalau sekadar belajar sekali lalu masa kecik² dulu, jinakkan diri dengan bahasa Arab untuk cuba memahami Quran, selama ni kita dok baca tanpa faham, bertalaqi dengan ustaz dan libatkkan diri dengan program yang berfaedah.

WALLAHUALAM. Sekadar berkongsi.

Buat Keluarga :
Kamulah yang terpenting dalam perjalanan hidupku

Buat Adik-adikku
Maaf ya kalau saya ada silap & salah, samada yang sengaja atau tak disengajakan, samada yang tersembunyi atau yang nyata ….😊

Buat Sahabat :
Jangan lupakan saya, bila suatu masa nanti kita terpisah tolong doakan saya diampuni segala dosa, selamat dialam akhirat dan sentiasa dirahmati Allah ……👐

Buat Yang Tak Sependapat :
Maafkan saya bila selama ini saya selalu salah dimata kamu ……

Buat Yang Sayang kepada Saya :
Saya lebih sayang kepada kamu berlipat kali ganda……

Buat Orang Yang Pernah Menasihati Saya:
Terima kasih kerana anda mengajar saya bagaimana untuk terus Bersabar…

Terima Kasih kepada Semua, Sebab Pernah Berada Didalam Hidup Saya ……….

Maafkan saya seluruhnya & jazakallahu khairan kathira diatas segalanya….. Barakallahu feekum…….

Advertisements

Sahabat.

Cikgu BM kata~🌸Sahabat utk selamanya
Cikgu BI kata~🌸Best Friend Forever
Cikgu SEJARAH kata~🌸Mengingatkan sahabat adalah kenangan
Cikgu MATH kata~🌸Nilai persahabatan tdk terkira
Cikgu PM kata~🌸Sahabat adalah teladan
Cikgu EKONOMI kata~🌸Sahabat tdk ternilai dgn wang
Cikgu SAINS PERTANIAN kata~🌸Tanam nilai persahabatan di hati
Cikgu KIMIA kata~🌸Bersahabat perlu ada chemistry
Cikgu BIOLOGI kata~🌸Sahabat itu kekal dan hdup utk selamanya
Cikgu SASTERA kata~🌸sahabat begitu indah
Cikgu PJK kata~🌸Sahabat bkn utk di permainkn
Cikgu SENI kata~🌸Sahabat adalah lukisan yg mewarnai hidup setiap hari
Cikgu Agama kata~🌸Sahabat till jannah

‪#‎hargailah_sahabat ☺😍😘